anggota polis, jabatan pertahanan awam (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki
merogol seorang wanita warga asing
Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan
mereka yang terbabit jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.
Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video
memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari
tersebut menjadi viral apabila orang ramai mula memperkatakan tentangnya.
Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi
keselamatan negara ini.
Meskipun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-undang yang
sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru sahaja
melahirkan bayi. Sudah pun begitu, mangsa juga turut dirompak.
Apapun itu dakwaan saksi, sejauh mana kebenarannya pasti tertegak di mahkamah.
Namun jika ia benar berlaku, ia adalah satu titik hitam yang boleh menggangu-gugat
keamanan Negara.
No comments:
Post a Comment