Ingin di tegaskan disini sifat-sifat yang
dinyatakan adalah tidak mutlak, tidak semuanya akan sama persis sebijik. Sifat
manusia juga dipengaruhi dari kromosom orang tuanya, kromosom adalah pembawa
sifat keturunan, ini juga mempengaruhi perwatakan seseorang. Tidak boleh
disimpulkan 100% bahawa watak manusia bergantung pada jenis darah sahaja.
Mana satu darah anda? |
DARAH A
Ketika kecil, orang yang
berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas
memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti
ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun,
ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang
degil dan keras kepala. Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat
dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang golongan
darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme.
Keharmonian dan keamanan
adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara
berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak
bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang
rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam
kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada
kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan.
Cara Berkomunikasi Dengan
Mereka Berdarah A
* Jangan mengangkat topik
yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak
suka membuat konfrontasi dengan lawan bicara.
* Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka.
* Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah.
* Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan.
* Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya.
* Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.

DARAH B
Bagi berdarah jenis B
pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila
meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh
dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi
jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang
ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang
ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin
meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter
ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya
cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior
dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan
yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar
berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda
adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan
tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap
anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan
pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian
Cara
Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah B
Ada karakter ada gaya.
Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang
bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam
berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara
individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang
kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work
benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang
dilibatkan.
* Mulailah pembicaraan
dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal
yang tidak teratur.
* Jangan memulai
pembicaraan tanpa mengakhirinya.
* Gunakan data-data
tepat, bukan rekaan.
* Jika mengajak
kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
* Berbicaralah kepada
otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
* Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
* Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan
darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal
dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang
telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara
secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih
menggunakan logik daripada perasaannya.
DARAH AB
Manakala bagi orang
yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil
dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka
berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang
berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan
tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.
Tenang dan bijak
mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu
yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa
menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling
anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap
humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang
lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Cara Berkomunikasi
Dengan Mereka Berdarah AB
* Pertama-tama, ikuti
dulu alur pembicaraan mereka.
* Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
* Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
* Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju.
* Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak.
* Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin banyak.

DARAH O
Selalu ikut nasihat
ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah
jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan
kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh.
Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh
pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.
Individu yang memiliki
jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu
individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam
apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan
memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius
dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu
sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar
tidak dikuasai dengan tekanan.
Orang ini biasanya
memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang
lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah
memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.
Cara Berkomunikasi
Dengan Mereka Berdarah O
* Berbicaralah dengan
semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang
terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat
mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.
* Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu
tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan
optimis.
* Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya.
* Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.
* Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.

No comments:
Post a Comment