Perkongsian Mengenai Info Perkahwinan 16 petua agar suami menyayangi anda.Setiap perkahwinan pastinya kita inginkan kebahagian.Kebiasaanya waktu bercinta memang berlainan selepas berkahwin terutamanya jika mempunyai anak.Jika tidak sabar rumah tangga yang dibina pasti hancur berkecai jadi admin ada menyediakan Beberapa petua yang dapat membantu anda dalam usaha menambat hati suami:
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa
menyayangi kita. Apabila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami
sebelum membuat kerja-kerja lain.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan
bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami sepanjang hari, (jika suami
dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik
dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami.
Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
3. Luangkan masa yang betul-betul
"berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
4. Tanya keluarga suami terutama ibu
mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut
sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
5. Sekali sekala cuba hidangkan
resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami. Beri pujian terhadap penampilan
suami seperti rambut, wajah,pakaian dan sebagainya.
6. Cepat-cepat pujuk apabila suami
marah atau berkecil hati.
7. Jangan biarkan suami menunggu
terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan terima kasih kepada suami
apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan kepada suami agar menelefon
anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
8. Apabila suami meminta bantuan,
buatlah serta merta dengan ikhlas dan gembira. Jangan mengungkit atau banyak
memberi komen.
9. Ucapkan kata-kata sayang yang
romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu
hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran
secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
10 Beri perhatian sepenuhnya kepada
suami apabila dia bercakap. Kalau . boleh, hentikan apa jua pekerjaan yang
sedang dilakukan.
11 Peluk suami dengan penuh kasih
sayang sebanyak 7 kali sehari.
12 Telefon suami di tempat kerja
hanya apabila ada perkara penting atau . kecemasan sahaja. Telefonlah dengan
lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jangan ganggu suami ketika dia
sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
13 Apabila meminta bantuan
suami, terangkan kepadanya dengan jelas . mengenai kerja-kerja rumah yang perlu
bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan memaksa, sebaliknya gunakan
perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
14 Sentiasalah kemas, anggun dan
wangi sebelum tidur bersama..
15 Beri layanan istimewa kepada suami
di hari-hari istimewa seperti . keluar 'dating' atau 'berbulan madu' sekali
sekala.
16
Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut . mengurut
suami dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment