1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat
sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami,
pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami
melihat isteri.
2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila
orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga
tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat
merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul: Mereka
yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa
panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan
dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif: Sihir
ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam
mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan
mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang
rapat atau disayangi.
7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif: Sihir
ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar
selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar
secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj: Sihir
untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita
takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Sumber: http://farishishak.blogspot.com
Antara Cara Elak Sihir, Insyaallah, Allah Maha Pelindung, Yang penting YAKIN pd-NYA..
Dibawah
ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar
diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.
Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda..
ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan
memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar
madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:"barang
siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada
meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya: "Sucikanlah
jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan anda bersamanya". Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci". (Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil
berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat
berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan
berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut
riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:"Mana-mana
kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah
meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh
syaitan"Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir
Bangunlah
mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada
syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu
menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi
yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan
tersebut.
5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas
Tandas
adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila
Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas. Baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". (Riwayat Al Bukhari dan Muslim). Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.
6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas
majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di
atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya
Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang
Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari
kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala
keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir
apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka
melakukan tipu daya". (Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
Gambar: Kredit to Google.com: Ustaz Don Daniyal dan Isteri |
No comments:
Post a Comment