Monday, October 20, 2014

Anak Che Ta, Ammar Effendy Sudah Ada Kekasih?

Maka menangislah gadis-gadis di luar sana yang bermimpi mahu menjadi kekasih kepada anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy. Ammar Effendy adalah seorang lelaki yang memiliki segala-galanya. Kereta besar, wajah kacak, badan tough dan bijak pandai orangnya. Kalau admin seorang perempuan, memang tak akan lepaskan peluang untuk memiliki lelaki sesempurna ini. One in a million kot.



anak che ta

Apabila Ammar Effendy berkongsi gambar dirinya dengan seorang gadis, Admin pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang meraung dan mengalirkan air mata. Gambar yang diambil ketika sambutan hari jadi ke 16 si gadis ini menunjukkan betapa mesranya mereka berdua. Mungkinkah Ammar dan gadis yang dikenali dengan nama Diyanah Nadia ini adalah pasangan kekasih? Kalau betul, memang sama cantik dan sama padan. Bak pinang dibelah dua.




anak che ta

Mungkin juga si gadis adalah sekadar ‘teman tapi mesra’ buat Ammar. Kalau begitu, masih ada peluang untuk awek-awek di luar sana mengorat Ammar. Jangan mudah putus asa. Best girl wins. Amboi. Hehehe.

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...