Monday, October 20, 2014

Erin Azman : Saya Tidak Seksi!

 Eina Azman dan suaminya, Kaiser Gurmeet pada majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.

Eina Azman dan suaminya, Kaiser Gurmeet pada majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.    Eina Azman dan suaminya, Kaiser Gurmeet pada majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.



PELAKON tinggi lampai ini tampak sangat menghormati pendirian suami setelah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, Ogos lalu.

Pernah membuat kenyataan mengenai nasihat suaminya yang mahukan dia berpakaian lebih sopan selepas berkahwin, empunya nama Ainur Syakina Azman ini mengakui ia tidak sukar untuk direalisasikan sementelah dia bukanlah seorang yang sering berpakaian seksi.

Lebih dikenali sebagai Eina Azman, bintang Selamat Pengantin Madu ini tiba-tiba menjadi tumpuan gara-gara penampilannya di majlis perkahwinan pelakon Erin Malek, baru-baru ini.

Berkesempatan mendapatkan respons Eina mengenai perkara itu, bicaranya, dia tidak menganggap pakaian yang dikenakan itu seksi berbanding yang pernah dipakai oleh selebriti lain.

“Selagi baju tersebut tidak mendedahkan dada, bagi saya ia tidak seksi. Lagipun setiap kali mahu keluar, saya akan mendapatkan keizinan suami mengenai penampilan saya.

“Saya hanya pakai dan buat apa yang dia suka sahaja. Saya rasa lebih ramai artis yang seksi berbanding saya,” katanya dan berkata perkara tersebut bukan isu besar kepadanya.

Menurut pelakon berusia 19 tahun ini, sebagai manusia biasa, dia juga melakukan kesilapan.

“Yang penting saya menjaga hati suami. Apa yang terbaik untuknya, baik juga untuk saya,” ujarnya yang lebih selesa berdiam diri dan tidak mengambil pusing pandangan orang lain terutama di laman sosial.

Dalam pada itu, Eina bakal muncul menerusi drama bersiri RTM, iaitu Kondominium dan Cinta Yang Tertinggal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...