Tuesday, October 21, 2014

4 Rahsia Awet Muda Yang Mudah Diamalkan


Jangan kerutkan dahi tu! Sebab kalau dah selalu sangat kerutkan muka dan dahi, garis kerutan akan muncul dan walaupun kita tak kerutkan muka, garis tersebut tetap akan kelihatan.
Kat bawah ni kami kongsikan tip mengurangkan kerutan pada wajah anda:

Pertama, kurangkan ekpressi wajah kerana ekspressi yang melampau akan menyebabkan garis2 kerutan akan cepat kelihatan walaupun usia masih muda. Tangani stress dengan cara lain dan bukannya menonjolkannya pada ekspressi muka.




Kedua, jangan merokok kerana perokok berisiko lebih tinggi untuk mempunyai lebih banyak kerut kerana rokok merupakan salah satu karsinogen yang menyebabkan radikal bebas menjadi sangat aktif.


Ketiga, tidur yang cukup kerana kesan daripada tidur yang tidak cukup akan mudah dilihat pada wajah.Tidur yang cukup dapat mencegah munculnya lingkaran gelap dan bengkak di bawah mata, serta melambatkan timbulnya kerutan.



Keempat, senyum. Walaupun ketika sedih, stres atau sakit cuba gagahkan diri utk berikan senyuman kerana senyum menjadi terapi utk wajah kita dan sekaligus jiwa kita :)
Walaupun kerutan merupakan proses biasa peralihan usia tapi dengan mengamalkan cara hidup sihat, kita akan tampak lebih muda dari usia sebenar.


Senyuman anda adalah kosmetik yang paling mahal… maka pakaikanlah ia di wajah anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...