Ciuman pertama biasanya menjadi detik-detik paling mendebarkan sekaligus
membahagiakan. Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis
18 tahun ini lantas berakhir dengan kematian yang mengerikan. Jemma
menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit selepas bercium dengan
teman lelakinya, Daniel Ross, 21. Itu merupakan ciuman pertama sekaligus
menjadi ciuman yang terakhir bagi gadis dari Treforest, Pontypridd,
South Wales.
Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari
sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya
berciuman di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan
ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari
Daily Mail.
Sesaat setelah berciuman, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai,
mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan
hubungan seksual. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu,"
jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir.
Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas
perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan
nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan.
Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian
mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang
tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK
setiap tahun.
Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan
kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil
sindrom kematian mendadak arrhythmic. Ini terjadi akibat gangguan irama
jantung, yang lebih mempengaruhi fungsi elektrik pada organ, daripada
gangguan struktur jantung itu sendiri.
Itulah mengapa hanya dapat dikesan pada saat seseorang hidup, bukan
setelah kematian. Kesalahan aliran elektrik pada jantung disebabkan oleh
kecacatan pada DNA, yang boleh diwariskan.
"Ibunya", Charlotte Garwood, berkata, Jemma adalah anak yang sangat
cergas semasa hidup. Selain atlet hoki, Jenna juga seorang perenang
jarak jauh. "Itu gambaran kesihatannya. Dan, hanya dalam satu minit ia
diambil dari saya. Saya sangat merindukannya," jelas si ibu.
No comments:
Post a Comment