Sebelum ini pernah timbul tuduhan kononnya pelakon
kelahiran Kuala Lumpur ini bercumbuan dengan kekasihnya yang dikenali
sebagai Hans di depan khalayak ramai. Namun Tasha menafikan perkara
tersebut. Bagaimanapun muncul pula dakwaan dia sekali lagi dikatakan
bercium dengan Hans dan dan kali ini di dalam bilik air pula.
"Maaf. Saya enggan komen tentang isu tersebut. Saya
tidak tahu hendak beri komen tentang perkara yang saya tidak lakukan.
Bila saya bersuara, isu ini akan menjadi panjang. Saya tidak mahu itu
berlaku", itu jawab Tasha Shila kepada sebuah akhbar tempatan apabila
diminta mengulas mengenai gosip mendakwa dia dan kekasihnya memadu
asmara di dalam sebuah bilik air sewaktu terlibat dengan sebuah
penggambaran drama.
Dakwaan tersebut timbul selepas ianya disebarkan sendiri oleh kru
produksi yang terbabit dengan drama yang melibatkan Tasha sendiri.
Jelas Tasha, isu tersebut bukan sahaja menjatuhkan maruahnya sebagai wanita tetapi juga memalukan keluarganya.
"Sebelum ini, sudah banyak cerita kontroversi tentang
saya dan tidak kisah kerana ia hanya membabitkan saya seorang.
Bagaimanapun, selepas keluar cerita bermesra di dalam tandas, saya rasa
ia sangat melampau. Tolonglah, saya pun ada ibu bapa dan keluarga.
Mungkin saya tidak kisah tetapi apa perasaan ibu bapa saya bila mereka
baca cerita sebegini tentang anak mereka?
"Walaupun saya terangkan perkara sebenar tetapi orang sekeliling
tetap akan bertanya hal ini kepada ibu bapa saya. Jadi, lebih baik saya
berdiam diri dan siasat perkara sebenar", katanya yang turut meluahkan
rasa kecewa.
No comments:
Post a Comment