Friday, November 28, 2014

Punca Sebenar Fazura Menangis Disidang Media Filem

Di sidang media filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Fazura dikatakan mengaku menangis. Puncanya kerana Fazura tersentuh melihat babak lakonannya sedang putus cinta.

Dia mengaitkan lakonannya itu dengan pengalaman sebenar yang membuatkan dirinya tersentuh dan menangis ketika menonton babak putus cinta.

Ini pengakuan Fazura (via malaysiandigest)

“Kematangan Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai,”

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi”

Mungkinkah Fazura teringat tentang hubungan beliau dengan TMJ ?

Manisnya Cinta Di Cappadocia akan ditayang 11 Disember ini membariskan ramai pelakon hebat Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri, Dian P.Ramlee, Erma Fatima. Aida Khalida, Zaibo, Sharifah Eja, Mustapha Kamal, Susan Lankester, Josiah Hogan, Zoey Rahman, Hanis Zalikha, Bkay Nair, Fattah Amin dan Raykarl.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...