Tuesday, November 25, 2014

Diingatkan Tentang Mati, Pelakon Maki Peminat!



Gara-gara teguran secara terang-terang oleh seorang peminat pelakon Zarina Zainuddin dilihat berang dan melenting dengan komen peminat di laman sosial.

Peminat itu dikatakan menegur dan mengingati tentang mati di laman sosial pelakon tersebut. Pelakon tersebut telah memuatnaik respon kepada terguran dan komen yang mungkin dikatakan secara "terang-terangan".

Ini kata peminat tersebut:



Baru komen "mati tak kira masa, peringatan utk sy" pun nak melenting

Ini pula komen Zarina Zainuddin:

Bikin panassss..hello..kita ni manusia biasa saja..jgn rasa diri tu dh bagus sgttt..saya rasa nk popularkan awa awa arini lerr..sorry tk suka bye2..suka jom tengok teduhan kasih kul 12.30 tv9 okay..saya pun penat nie..kena pikir apa yg awa nk kate ..i not perfect..noted.

Ini pula kmen dari seorang lagi peminat:

 Suatu hari, seorang peminum ar4k menegur sesuatu kepada sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum ar4k?” Saiyidina Umar r.a. menjawab; “Ya dia berdosa kerana meminum ar4k, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.” Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.

Ini balas dari Zarina

PM saya jika ingin menegur

Ada juga peminat lain yang memberi komen jika ingin menegur, hendaklah tidak mengaibkan orang yang ditegur itu. Jom lihat gambar di bawah:








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...