Yeah~~ Gembira mendengar pengakuan selebriti jelita ini. Selepas kecundang dalam perkahwinannya dengan Engku Emran, Erra Fazira mengakui yang dirinya kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Ada desas-desus menyatakan seseorang itu adalah dari golongan sosialit (elit), namun Erra menafikan perkara tersebut. Tak kisahlah golongan atasan ke golongan bawahan ke, yang penting baik hati dan memahami. Tak gitu?
Walaupun sudah berusia 40 tahun, Erra Fazira masih tampil menawan dan tidak hairanlah ada lelaki di luar sana yang terpikat kepadanya. Berikut penjelasan Erra mengenai gosip dirinya bercinta dengan golongan sosialit.
Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali. Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta.
Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa. Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan.
No comments:
Post a Comment