HARGA kad kahwin dan semua perkhidmatan percetakan
seperti bunting, kotak, penunjuk arah dan sampul bercetak dijangka naik
selepas GST dilaksanakan.
Pengarah Kad Kahwin Grafika, Izzat Rahim berkata, ini kerana, pengeluar kad kahwin terpaksa menampung kos percetakan yang tinggi kerana kilang percetakan akan menaikkan harga ketika itu.
“Semua kad kahwin, bunting dan barangan berkaitan kami reka sendiri.
"Namun untuk percetakan, kami hantar ke kilang. Setakat ini, kilang percetakan masih senyap (tidak maklumkan tentang kenaikan harga percetakan selepas GST), namun kami yakin ia akan naik.
“Tapi, bagi pelanggan sudah buat tempahan daripada kami dengan harga promosi, kami tidak akan naikkan harga kad dan perkhidmatan percetakan kami walaupun ketika itu kos percetakan meningkat,” katanya ketika ditemui pada Ekspo Perkahwinan Jom Kahwin, di Shah Alam, baru-baru ini.
Menurutnya, setiap tahun, harga kad ada dinilai dan mungkin akan dinaikkan sekitar satu hingga dua peratus, bergantung pada kos semasa.
“Buat masa ini, kami masih menjual kad kahwin dengan harga antara 25 sen hingga RM1.50 sekeping, bergantung pada saiz dan kuantiti.
“Jika pelanggan ingin jimat, mereka boleh ambil pakej lengkap percetakan merangkumi kad kahwin, kotak, bunting, penunjuk arah dan sampul bercetak dengan tawaran harga menarik, berbanding jika beli secara berasingan,” katanya.
Pada masa depan, dia merancang membeli mesin percetakan untuk mencetak sendiri kad kahwin dan semua barangan berkaitan percetakan bagi mendapatkan kos lebih efektif, sekali gus mampu menawarkan harga lebih rendah.
Sementara itu, seorang jurucakap di sebuah kedai kad kahwin yang enggan namanya disiarkan berkata, harga kad dan perkhidmatan percetakan seperti bunting, kotak kecil dan penunjuk arah tidak akan naik sekiranya kerajaan tidak mengenakan GST terhadap pengeluaran
barangan itu.
“Buat masa ini, harga kad kahwin dan perkhidmatan percetakan kami tidak ada kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment