Komen tak masuk akal yang diterima oleh Tauke Jambu bermula selepas pelawak ini berkongsi gambar dirinya dengan gadis yang menjadi ‘bunga’ di dalam Super Spontan. Fuh~~ Kalau Abang Nara jadi Tauke pun memang panas hati. Terbakar kot jiwa raga bila orang tuduh kita bukan-bukan. Memang logiklah boleh terkeluar juga makian dengan kata-kata kesat daripada Tauke Jambu.
Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu. Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis.
Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu. Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain
No comments:
Post a Comment