Memalukan! Pesta Bogel Di Teluk Bahang
Sebuah suntingan rakaman video berjudul Penang Nude Sports Games 2014 yang berdurasi 1 minit 56 saat memaparkan sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel kini tersebar meluas di laman sosial
Mengenai penganjuran aktiviti yang disifatkan tidak bermaruah itu, ia dipercayai diadakan di Teluk Kampi, Teluk Bahang Pulau Pinang
Difahamkan Program itu diadakan beberapa bulan lalu
Video Pesta Bogel Di Teluk Bahang Penang Kini Disiasat Polis
Ekoran tersebarnya rakaman itu secara meluas di laman sosial, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyebaran video berkenaanMenurut laporan myMetro pada Selasa, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan
Menurutnya, polis juga akan mengesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur
“Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit,” katanya ketika dihubungi oleh myMetro
No comments:
Post a Comment