Ice Bucket Challenge adalah kegiatan pengumpulan dana untuk pesakit yang menghidapi ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis). Selain untuk mengumpul dana, cara ini juga untuk meningkatkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada penyakit ALS atau biasa disebut Lou Gehrig's Disease.
Siapa saja yang sanggup menyahut cabara ini harus siap disiram dengan sebaldi penuh air sejuk beserta dengan ais batu. Cabaran tersebut harus dirakam dalam bentuk video dan diupload ke sosial media sambil mencabar tiga orang lain.
Menolak cabaran bererti dia harus menyumbangkan sejumlah wang sebagai gantinya. Namun, bagi yang telah melakukan tantangan tersebut juga tetap dapat menyumbang.
Sampai saat ini, Ice Bucket Challenge telah berhasil mengumpulkan 5.5 juta dolar. Sebanyak 150 ribu orang telah 'participate', termasuk para artis dan tokoh terkenal. Kini ia melanda Malaysia pula.
Nampaknya demam 'ice bucket challenge' sudah menular sampai ke Malaysia.
'Ice Bucket Challenge' dimulakan minggu lalu sebagai satu kempen kesedaran penyakit Lou Gehrig, dan mula menjadi kegilaan masyarakat di Amerika Syarikat, termasuklah selebriti.
Mereka yang menyahut cabaran ini boleh mencabar rakan mereka, dan yang dicabar perlu melakukannya dalam tempoh 24 jam.
Model terkenal, Amber Chia menjadi orang pertama yang menyahut cabaran itu di negara ini. Amber melakukannya selepas namanya dicalonkan Nicolas Teo untuk melakukan aksi berkenaan.
Selesai melakukannya, Amber mencabar rakan-rakannya; antaranya Daphne Iking dan Carmen Soo pula. Dikhabarkan Daphne sudah pun melakukan cabaran berkenaan.
Datuk Khairy Jamaluddin juga sudah menyahut cabaran ini serta mencabar rakan setugas beliau serta Nicol David.
Nampaknya selepas ini, makin ramailah selebriti Malaysia yang akan mandi ais. Menarik untuk disaksikan!
No comments:
Post a Comment