Rahsia perbuatan keji seorang bomoh yang dipercayai merogol
dua beradik di Felda Pasoh di Jempol akhirnya terbongkar setelah mangsa
menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis pada 2
Julai lalu.
Kejadian
yang dipendam mangsa selama dua tahun itu dipercayai berlaku ketika mereka
mendapatkan rawatan daripada bomoh itu di lokasi berbeza sekitar Felda Pasoh.
Sumber
berkata, mangsa yang kini berumur 18 dan 16 tahun bagaimanapun mendakwa
bagaikan dipukau oleh bomoh licik itu sebelum menyedari kejadian itu pada 2012.
Menurutnya,
kejadian pertama berlaku pada 2010 dalam bilik di rumah mangsa yang sebelum itu
bomoh berkenaan dipercayai baru selesai merawat kakak mangsa.
“Bagaimanapun
perbuatan bomoh itu dilakukan secara berulang dan berlarutan sehingga 2012
tanpa disedari ibu mangsa.
“Ibu
mangsa, 55, menyangka mangsa hanya mendapatkan rawatan dalam bilik susulan
bomoh itu sememangnya dikenalinya.
“Dua
beradik ini kemudian nekad membuat laporan polis pada 2 Julai lalu di Balai
Polis Simpang Pertang, Jelebu,” katanya.
Manakala
suspek berumur 38 tahun ditahan reman pada keesokan harinya di Simpang Pertang
dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Dalam
perkembangan berlainan, seorang penganggur ditahan reman tujuh hari bermula
semalam dipercayai mendera anak saudaranya berumur empat tahun di kediamannya
di Felda Lui Selatan.
Sumber
berkata, ibu mangsa yang kini dalam proses penceraian dengan adik suspek
dikatakan terpaksa meninggalkan mangsa di bawah jagaan keluarga mentua akibat
masalah kewangan.
Kejadian
itu disedari ibu mangsa, 23, merupakan adik ipar suspek, 32 , apabila ingin
membawa anaknya pulang ke Felda Pasoh pada 30 November lalu.
“Ibu
mangsa mendapati pipi sebelah kiri anaknya luka dan lebam namun hanya menyangka
anaknya itu jatuh. Akibat rasa tidak puas hati, ibu mangsa bertindak bertanya
kepada mangsa lalu mangsa memberitahu dia dipukul oleh bapa saudaranya,”
katanya.
Ibu
mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Lui, kira-kira jam
1.45 petang pada 4 Julai lalu.
Suspek
ditahan reman bermula semalam sehingga 7 Disember ini bagi membantu siasatan
kes Seksyen 31(1)a Akta Kanak-Kanak 2001.
Sementara
itu, Ketua polis daerah, Superitenden Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan
menerima laporan mengenai kes rogol remaja dan dera kanak-kanak berkenaan.
No comments:
Post a Comment