Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan dibuat secara bersumpah oleh Rabidin dan juga hujah dikemukakan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum ini.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Limbang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Rabidin yang berkerusi roda kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan kepadanya melalui dialek Kadazan Dusun oleh jurubahasa mahkamah.
PENGANGGUR, Rabidin Satir, 43, (berkerusi roda) yang juga dikenali sebagai 'Rambo Bentong' dijatuhi hukuman gantung sampai mati. FOTO Bernama
Tertuduh sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, keesokan harinya di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.
No comments:
Post a Comment