Marsha Milan Londoh, 29, tiba di studio Balai Berita empat hari sebelum Aidilfitri baru-baru ini dengan susuk tubuh yang sedikit susut.
Tatkala ditegur penulis mengenai keadaan fizikalnya itu, wanita cantik ini memaklumkan dia turut berpuasa yang mungkin menyebabkan berat badannya turun.
Lebih membuatkan penulis terharu apabila bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) ini mengakui dia berpuasa penuh melainkan ‘tujuh hari cuti’ bagi wanita.
Sebagai seorang berstatus bukan Muslim, keupayaan Marsha untuk berpuasa seharusnya dijadikan contoh khususnya saudara Muslim di negara ini yang kadang memandang remeh rukun Islam ketiga itu.
Ditanya adakah dedikasinya berpuasa sebagai persediaan awal mendalami Islam sebelum mengambil keputusan yang lebih besar dalam hidupnya yakni memilih agama itu sebagai kepercayaannya.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KenapaberatbadanMarshasusut/Article/index_html
No comments:
Post a Comment