Wednesday, August 6, 2014

Selepas WARIS popularkan dialek N9, kini giliran Oghe Klate plop!

Selepas W.A.R.I.S berjaya membawa budaya dan dialek Negeri Sembilan ke dalam muzik hip hop menerusi album beliau termasuk lagu popular Rembau Most Wanted, nampaknya syarikat naungan beliau kini mempunyai satu lagi portfolio kenegerian untuk dibanggakan.
Mixology Music memperkenalkan lagu terbaru berjudul Oghe Kito (membawa maksud Orang Kita) yang dibawakan oleh Iwere menampilan Dikir Warriors. Mereka turut melancarkan muzik video untuk lagu ini yang dirakamkan di sekitar Kota Bahru, Kelantan.
Nampak potensi untuk lagu dan video ini untuk menjadi viral tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...