Bukan orang tempatan. Sebaliknya warganegara China yang datang melancong ke Malaysia. Namun tidak diketahui apa motif mereka berpakaian seperti itu.
“Tidak tahu apa motif mereka berpakaian seperti itu. Seorang jalan dengan tersenyum riang, seorang lagi berjalan sambil tutup muka. Kami semua terkejut dengan penampilan mereka berdua, termasuk para pengunjung pusat beli belah pelbagai bangsa memerhatikan mereka berdua,” katanya.
Ada seorang lelaki dikatakan telah menegur perbuatan dua wanita berkenaan. Namun dengan tanpa sebarang rasa bersalah, mereka memberikan alasan mereka pelancong China dan enggan mengendahkan teguran lelaki terbabit.
Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti apakah benar dua wanita terbabit pelancong China atau cuba mewujudkan provokasi dan menghina agama Islam. Hal seperti ini perlu dipandang serius oleh pihak berwajib kerana ia boleh menjadi satu penghinaann terhadap agama Islam.
No comments:
Post a Comment