Wednesday, December 10, 2014

Semakan Keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0



brim2 
Semakan keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 secara online. Untuk makluman, keputusan permohonan BRIM 2015 boleh disemak menerusi beberapa kaedah antaranya adalah penerimaan surat lulus BR1M, talian hotline BRIM, email BRIM, baucar, semakan status permohonan br1m secara online dan menyemak keputusan BR1M di agensi pejabat LHDN yang berhampiran dengan kediaman anda. Untuk info, sukacitanya dimaklumkan bahawa semakan keputusan BR1M 2015 boleh disemak mulai 1 Januari 2015.

Borang Permohonan/ Kemaskini BR1M 4.0 Tahun 2015 Online
Semakan Keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

1. Penerimaan Surat Lulus BR1M 2015
Bagi pemohon yang layak, surat lulus BR1M 2015 akan diposkan ke alamat tetap kediaman anda mulai Januari 2015 secara berperingkat.

2. Talian Hotline dan Email BR1M 2015
Semakan keputusan BR1M turut boleh disemak menerusi talian Hotline dan emel BR1M 2015
Email BR1M: br1m@treasury.gov.my
Talian Hotline BR1M 4.0: 1-800-88-2716 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

3. Status Permohonan BR1M 2015 Online
Semakan status permohonan menerusi: https://ebr1m.hasil.gov.my/semakan

4. Direct Bank In Ke akaun Anda
Bagi yang layak, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar terus menerusi akaun bank anda secara berperingkat.

5. Semakan di Pejabat LHDN
Semakan keputusan permohonan BR1M 2015 turut boleh disemak menerusi kaunter khidmat pelanggan BR1M di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan kediaman anda.
Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015

Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
  • Ansuran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
  • Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...