Subhanallah.. beberapa orang pengembara telah menemui sebuah tasik di kawasan pergunungn Tatras di Slovakia yang telah beku dengan air tasiknya yang jernih.
Pengembara itu Thomas Nunuk dan rakannya kemudian memberanikan diri berjalan di atas air tasik yang beku itu dan memperlihatkan imej dasar tasik yang cukup mengkagumkan.
Dalam klip video yang dimuatnaik di laman Youtube 8 Disember lepas, ia kelihatan seperti mereka berjalan di atas udara, memetik laporan The Huffington Post.
Video berkenaan turut menimbulkan pelbagai persoalan dan ada yang mendakwa ianya sebagai paslu tetapi seorang pelancong yang berpengalaman dari Slovakia, Igor Ludma, dia memberitahu The New York Daily bahawa ia dalah video yang sebenar.
“Ia mungkin terjadi jika suhu udara di sana jatuh dari pada sederhana sejuk kepada tahap beku dengan mendadak, paling penting tiada salji yang boleh menjadikan permukaan ais di tasik itu kabur.
Jum saksikan video berkenaan :
Menurut beliau lagi, ais itu difahamkan setebal 2 sentimeter dan kekukuhannya mampu menampung berat seorang lelaki.
No comments:
Post a Comment