Friday, December 5, 2014

[4 Gambar] Remaja Isap Puting Dalam Parti Liar

Kita semua perlu menerima hakikat bahawa para belia dan generasi anak2 muda seperti inilah yang bakal menjadi pemimpin dan mencorakkan generasi2 yang akan. Aku yakin kebanyakannya adalah anak2 Melayu kita yang di kad pengenalan masing2 dicatatkan dengan agama Islam.

Sebenarnya parti2 liar sebegini memang telah banyak dan bebas diadakan di seluruh negara terutama pada malam hari2 cuti atau hari perayaan di ibu kota dan bandaraya2 besar. Cuma aku tak tahu sama ada pemimpin kerajaan, pihak berkuasa, jabatan agama, mufti, masyarakat dan ibu bapa tahu atau tidak akan kewujudan parti2 liar dan bebas ini. Mungkin ramai yang hanya akan ambil tahu bila ada pengunjung mati kerana overdose dadah. Masa tu barulah nampak pihak berkuasa menjadi hero dengan mengharam dan membatalkan konsert2 liar ini.

Tapi seperti biasa, bila ditegur dikatanya kubur masing2, jangan jaga tepi kain orang, jaga hal sendiri, kita budak nerd, macam kita baik sangat. Orang2 agama juga selalu dicemuh dan dipandang rendah. Namun tahukah anda, orang2 agama ini jugalah yang akan menguruskan jenazah2 korang bila korang mati nanti. Adakah korang berharap kawan sebelah kau masa tengah rave kat parti liar tu boleh tolong mandi, solat dan tanamkan jenazah korang?


Tiada apa yang aku dapat lakukan untuk membaiki masalah moral peringkat kebangsaan ini kecuali menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan rakan2 terdekat aku. Aku cuma berharap suara kecil aku ini dapat didengari oleh pemimpin2 kita agar mereka lebih peka dan mengambil tindakan terhadap isu2 gejala sosial dan masalah keruntuhan akhlak yang semakin membarah di kalangan para belia dan generasi muda.

Takkan nak tunggu kawan kita yang sama2 terhangguk2 kepala mati baru kita nak sedar dan menyesal? Berubahlah kita selagi masih diberi kesempatan. Ingatan ini termasuk kepada aku juga.







sumber :buasir otak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...