Tuesday, December 16, 2014

SUBANG JAYA - Pembantu Rumah Beri Anak Majikan Makan Tahi

 

Subang Jaya- Seorang ahli perniagaan wanita dikejutkan dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesianya yang didakwa mungkin memberi makan najis kepada cucu lelakinya berusia dua tahun selepas menyedari bau busuk dari mulut kanak-kanak itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, ahli perniagaan wanita berusia 48 tahun itu baharu sahaja tiba di rumah teres dua tingkat di USJ pada pukul 8 malam Khamis lalu apabila mengesan bau busuk yang mencurigakan dari cucu lelakinya.

Perbuatan terkutuk itu diketahui nenek mangsa selepas tercium bau busuk dari mulut cucunya.

Menurut Sinar Harian, cucu tersebut tinggal bersama neneknya sementar ibu bapanya bekerja di Ipoh.

Kejadian disedari oleh neneknya yang pulang ke kediaman mereka yang terletak di USJ 18.

Setelah mendapatkan cucunya, wanita berusia 48 tahun itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana tercium bau kurang menyenangkan yang muncul dari mulut mangsa.

Ujar satu sumber, “Nenek mangsa memeriksa tubuh badan cucunya dan terkejut apabila lihat ada kesan seperti najis di celah gigi.

“Dia kemudian bertanya dan cucu lelakinya memberitahu pembantu rumah dikenali sebagai ‘Aning’ telah memberinya makan najis ketika berada di dalam tandas di tingkat atas, rumah teres dua tingkat itu.”

Tambah individu itu, nenek mangsa sudah meragui tingkah laku pembantu rumah yang baru bekerja di situ selama tiga bulan sebelum ini lagi.

Perbuatan jijik si ‘Aning’ tadi menyebabkan kanak-kanak malang itu muntah dan mengeluarkan cecair busuk berbau najis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua yang dihubungi akhbar tersebut mengesahkan kejadian itu.

Menurut beliau, selepas kejadian tersebut ,nenek mangsa terus menghantar wanita itu ke ejennya semula.

Kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...