[TERKINI]: Pengulas sukan, Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara, sebentar tadi. Al- Fatihah!
sumber:AstroAwani
Thursday, February 12, 2015
Thursday, January 8, 2015
Jakim Sedang Siasat Gambar Persendakan Solat
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang menyelar perbuatan itu berkata, ia adalah satu penghinaan kepada agama Islam.
“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.
“Jika mereka masyarakat yang baru peluk Islam dan tidak tahu tata tertib tentang solat, itu kita boleh maaf. Sebab dia baru belajar, walaupun pakaian sebegitu,” katanya.
Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan enam lelaki seperti sedang solat berjemaah namun tiga daripada mereka tidak memakai baju sehingga mendedahkan pusat, seorang berseluar pendek di atas lutut, seorang seperti sedang menggunakan telefon bimbit dan seorang lagi memegang rokok.
Sumber:SinarHarian

Tuesday, January 6, 2015
Gempar! Babi Hutan Masuk Dalam Perpustakaan Universiti
Cyberjaya: Seekor babi hutan merempuh panel dinding kaca pintu belakang perpustakaan Universiti Multimedia (MMU) di sini, 1.30 petang tadi.
Berikutan itu, semua penuntut yang berada di dalam perpustakaan berkenaan diminta keluar bagi membolehkan pihak bomba menangkap haiwan liar itu.
Ketua Pustakawan MMU Kamal Sujak berkata, babi jantan itu berjaya ditangkap dua jam selepas itu.
"Bahagian utama perpustakaan itu terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu.
"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.
Bagaimanapun, Kamal berkata, ruang bacaan utama 24 jam tetap dibuka seperti biasa.
Berikutan itu, semua penuntut yang berada di dalam perpustakaan berkenaan diminta keluar bagi membolehkan pihak bomba menangkap haiwan liar itu.
Ketua Pustakawan MMU Kamal Sujak berkata, babi jantan itu berjaya ditangkap dua jam selepas itu.
"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.
Bagaimanapun, Kamal berkata, ruang bacaan utama 24 jam tetap dibuka seperti biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)