Thursday, December 18, 2014

Terkini Ibu Dan Anak Kecik Jadi Mangsa Ragut



Shah Alam: Seorang wanita Indonesia dan anaknya cedera apabila diragut dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kebun, di sini, kira-kira jam 1 petang, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mangsa berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia tiga tahun berhenti di simpang berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki.

Beliau berkata, suspek kemudian meragut beg mangsa sehingga menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan mangsa dan anaknya mengalami kecederaan di bahagian muka, badan, kaki dan tangan akibat terjatuh.

"Seorang daripada suspek berusia 28 tahun berjaya ditahan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu selepas mengejarnya manakala rakannya melarikan diri.


"Polis sudah mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek dan usaha mengesan rakannya kini sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...